SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak
umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan sholat sunnah, sholat
fardhu dan sholat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah
yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara Subuh yang
baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa
bersih dan rapi. Setiap Kamis atau Jum'at, Baginda mencuci rambut halus di pipi,
memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jum'at adalah sangat
dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai
harum-haruman.” (HR. Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan
apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq
Alaih)
Dalam tubuh manusia ada
tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga
lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu
pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi
menyeimbangkan kesehatan selain Nabi selalu berpuasa sunnah.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan
kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila
berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan
lancar.
Ini penting untuk
mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki
kenderaan. Kalau mau meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan
tempat yang hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan
marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan
kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan
jiwa.
Ada terapi yang tepat
untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila
berdiri, maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu
berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz karena marah itu daripada syaitan, segera
mengambil wudhu’ dan sholat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta
menghilang kan gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis
memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu
banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah SWT.
PEMAAF
Pemaaf adalah sifat
yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan
orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah,
maka marah itu melekat pada hati. Justru, jadilah seorang yang pemaaf kerana
yang pasti badan sehat.
“Bahagia sebenarnya bukan mendapat, tetapi
dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sehat Rasulullah. Semoga
hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan
dengannya.”
Wallahu
A’lam.
0 komentar:
Posting Komentar