Firman Allah SWT dalam
surah Al-Naba ayat 18: "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala
lalu kamu datang berkelompok-kelompok. "Adalah diriwayatkan bahawa ayat
yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya,
"Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis
sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh
baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit
dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka
dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang
memasuki neraka adalah seperti berikut:
1. Mereka
yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah karena mereka suka menyakiti
hati jiran tetangga.
2. Mereka
yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan shalat lima waktu.
3. Mereka
yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah
balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4. Mereka
yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5. Mereka
yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut
keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6. Mereka
yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang
menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7. Mereka
yang keluar dengan tidak berlidah dan ke luar nanah dan darah dari mulut. Ini
balasan mereka yang tidak mau menyaksikan kebenaran.
8. Mereka
yang keluar dalam keadaan terbalik yaitu kepala di bawah dan kakinya ke atas.
Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9. Mereka
yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka
yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Mereka
yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikan. Ini
adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapaknya.
11. Mereka
yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai
hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan
mereka minum minuman keras.
12. Dan
satu golongan yang masuk ke surga ialah: Mereka yang wajahnya bagaikan bulan
purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang
beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan shalat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat. "Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana
sebenarnya kita berada. Moga kita berada dalam golongan orang yang beramal
soleh.
Wallahu A’lam.
0 komentar:
Posting Komentar